Thursday 7 February 2013

Tajuk : Oh..padi..



Oh padi..
Kau sumber makanan manusia..
Hadirmu memberi seribu makna..
Bukan hanya untuk diratah..
Tetapi menjadi tanda kasih sayangNya..

Oh padi..
Setelah engkau menjadi nasi..
Kau menjadi sumber energy..
Energy yang berguna buat insani..
Agar dapat meneruskan bakti..

Oh padi..
Kau mudah dipandang mata..
Tapi mengapa kau sukar dicapai mereka..
Mereka yang miskin papa kedana..
Tak sudikah kau penuhi perut mereka..

Oh padi..
Kau pemberian dari ilahi..
Bukan untuk meninggi diri..
Hingga lahirnya kata puisi..
Ikut resam padi..makin tunduk makin berisi..

Tajuk : Hentikan tangisanmu Gaza



Gaza..
Kau ibarat tubuh yang kian musnah..
Bertahun lamanya kau menanggung derita..
Kau diperkosa, dibunuh dan diratah..
Deritamu menjadi bualan mereka..
Kesakitanmu menjadi tawa mereka..
Oleh mereka bernama manusia yang bukan manusia..

Gaza..
Andai kau mampu berbicara..
Sudah pasti mereka terpaku mendengarnya..
Mereka bunuh anak-anakmu yang masih mentah..
Hingga hancur lebur bercampur tanah..
Tidak sempat merasa dunia..
Ketakutan pula semakin bermaharajalela..

Gaza..
Kau tertanya-tanya..
Siapakah yang sebenarnya bersalah…
Adakah salah yahudi sebuah kaum yang dihina..
Atau kerana salah sifat manusia yang tidak sempurna..
Sehingga bertahun lamanya zionis dendam tak sudah..
Hingga punah, ranah muslimin dan muslimah..


Gaza..
Hentikan tangisanmu..
Adakah kau tidak mendengar suara itu..
Suara halus yang sayup memanggilmu..
Pasti kau tahu kemenangan ada dihadapanmu..
Kerana percayalah wahai saudaraku…
Sesungguhnya ALLAH menyayangi kamu..

Gaza..
Kau bina kekuatan ummah..
Kau tanam benih-benih merdeka..
Pada anak-anakmu yang gagah perkasa..
Kau jadikan Al-Quran panduan mereka..
Kau lahirkan mujahid-mujahid pemburu syuhada..
Menjadi pembela Negara, bangsa, dan agama.

Sunday 26 August 2012

Rindu yang terpendam

“Dalam malam yang dingin..
Ku tatap dinding nan sepi..
Pilu menggema dalam hati..
Terjerumus dalam belaian mati
yang mulai mengajakku pergi..
.
Badan terasa kaku kerana memikirkanmu..
Mulut tak dapat bicara jiwa-jiwa bersama dengan doa ku..
Agar kembali semula hati dan fikiran bersatu..
Untuk selalu ingat dirinya dalam fikiranku..
.
Ku jalani walau terasa sakit..
Walau dada ini terasa menghimpit..
Tak dapat memeluk tuk hilangkan rasa rindu..
Tak dapat mencium karena bukan milikku..
.
Kerinduan dan cinta ku pendam..
Perlahan mulai kelam..
Kepedihan slalu membara dihati..
Sampai bila ku tahan rasa ini..

.
Sukar sekali rasanya terucap…
Hanya sehelai kertas segalanya ku curahkan..
Untuk sebuah ungkapan yang tak tersampaikan..
Senang sedih dan luka dihati..

.
Kerana cintamu, aku sangat bererti..”

Sahabat..

As Salam..dah lama xmnulis..skrg sdang mnghabiskan sisa2 cuti semester 2 sblum meneruskan study di UiTM Shah Alam. Alhamdulillah, cuti sem jatuh tepat sblum Ramadhan dan berakhir setelah beberapa mnggu Syawal.

25 Ogos..Sahabatku Nurafizah Kumai bertolak ke KL untuk mnyambung pembelajarannya ke UNISEL. Masih teringat kata2 sahabatku sebelum mendapat tempat di sana. Dia sedih kerana sahabat2 yang lain telah mndahuluinya..tapi sya sllu berpesan..ALLAH sudah sediakan yang terbaik buat dia..pasti akan tiba juga rezeki itu bila tepat waktunya. Ramai yang kurang setuju apabila dia mngambil kputusan untuk mnyambung pembelajarnnya ke UNISEL..Al-Maklumlah...IPTS. Tapi, adkah IPTS atau IPTA itu yang mnentukan masa depan..??

Rezeki kita bukan kita yang tentukan,, ALLAH sudah aturkan segalanya buat kita. Tapi, rezeki xkan turun dari langit atau datang kepada kita andai tiada usaha untuk mndapatkannya.

Sama2 kita doakn kejayaan kita semua. Segala yang baik itu datang dari ALLAH, dan yang kurang baik itu datang dari kita dengan IzinNya. Wallahualam bisawab..As Salam.

Monday 16 April 2012

They all grow older

mereka semua semakin dewasa...
tiada lagi ketawa riang...
tiada lagi saling berkejaran..
masing-masing mengejar kematangan..

mereka semua semakin dewasa..
sikap semakin berubah..
tiada lagi tapak kaki yang kecil..
suara kanak-kanak yang riang..

mereka semua semakin dewasa..
kemahuan tidak lagi pada makanan ringan..
tetapi pada perkara yang lebih besar..
mengejar impian di hadapan..

mereka semua semakin dewasa..
ketrampilan juga berbeza..
tiada lagi rambut yang kusut..
semakin disikat semakin kesat..

mereka semua semakin dewasa..
meninggalkan masa lalu..
tetapi mereka masih memandang kebelakang..
mencari jikalau ada sesuatu yang tertinggal..

Versi Bahasa English

they all grow older ...
no longer laughing ...
no longer chasing each other ..
pursue their maturity ..

they all grow older ..
attitude is changing ..
there is no small feet ..
voice of children who are happy ..

they all grow older ..
no longer desire to snack ..
but on bigger things ..
chasing dreams in future ..

they all grow older ..
appearance is different ..
no more hair in a tangle ..
has combed the more offensive ..

they all grow older ..
leave the past ..
but they are still looking back ..
find if there is something missing ..

Sunday 10 April 2011

Kitalah pemimpin itu

Lagu 1 Malaysia sering kedengaran di corong radio,television dan alat komunikasi lain.Mari kita hayati lirik lagu 1 Malaysia....

Lirik Lagu Satu 1 Malaysia

Verse 1
Dunia kian berubah
Perubahan melingkari
Melaksana hasrat hati
Kejayaan terbukti

Verse 2

Dunia yang megah
Dengan misi yang gagah
Kerana perpaduan
Kita masih bersama

Chorus
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia

Verse 3
Bermulanya sekarang
Perjalanan dilaksana
Seia sekata sehati dan sejiwa

Verse 4
Membina masa hadapan
Menuju kejayaan
Kita semua rakyat Malaysia
Harmoni, saling menghormati

Chorus x2
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia

Mari kita hayati pula keadaan politik Malaysia kini...

Kerajaan Vs Pembangkang Vs Bebas..
SPRM Vs Rasuah
Polis Vs Keselamatan Awam
LHDN Vs Cukai Pendapatan
Lompat Parti Vs Amanat Pengundi
Mana Benar Vs Mana Fitnah

Di mana kebenaran di sebalik lirik lagu 1 Malaysia tadi??...
Sama2 kita berfikir.Apa yang kita mahukan sebenarnya?.Sebagai rakyat Malaysia,saya berasa sungguh terkilan dengan keadaan politik Malaysia kini...Fitnah!!Cacian!!Pembohongan!!Rasuah!!Pilih kasih!!Perebutan kuasa!! sudah menjadi perkara biasa di Malaysia.

Alangkah indah andai lirik lagu 1 Malaysia dapat direalisasikan dalam politik Malaysia.Saya xnak komen perpaduan antara masyarakat Malaysia kerana Alhamdulillah setakat ini kita mempunyai kekuatan perpaduan  kaum.

Kekuatan islam itu pada penyatuan,
Itu dalil yang disiarkan,
Dengki kianat permainan syaitan,
Sengaja menghasut demi perpecahan.

Apa yang kita lihat kini...perpecahan dalam politik Malaysia kian menjadi2.Perkara yang paling menghairankan adalah parti2 politik yang bercanggah pemikiran ini merupakan orang islam,mempunyai kepercayaan dan berpegang teguh kepada kalimah LAILAHAILLALLAH. Parti politik yang dimaksudkan ialah UMNO,PAS dan PKR.

Semua orang islam adalah bersaudara.Bagaimana perkara seperti ini terjadi?Apakah matlamat menegak ajaran islam dan nilai murni sudah bertukar kepada matlamat mengejar pangkat dunia yang kecil dari habuk pasir ini?Sudahkah mereka lupa akan akibat daripada perebutan kuasa sejak zaman dahulu lagi?Tiadakah perasaan kasih,belas kasihan,ingin melindungi antara pemikiran negara?Saya yakin,mereka merupakan orang yang hebat...oleh itu ujian yang menimpa mereka juga ujian yang hebat anugerah dari ALLAH SWT.Dari itu,mari kita sama2 doakan agar negara Malaysia selamat dari azab ALLAH.Iklan keselamatan jalan raya ada menyatakan "Berhati2 di jalan raya,ingatlah orang tersayang".Oleh itu saya nak buat iklan di sini "Berhati2 dalam pimpinan,ingatlah orang yang anda sayang".

Anda silap sekiranya ada fikir saya nyatakan perkara ini hanya kepada pemimpin politik negara.Namun saya seru kepada semua rakyat Malaysia.Kitalah pemimpin itu...tanggungjawab memimpin bermula dari diri.

Pimpin diri, keluarga, masyarakat dan negara....

Ingat!!jangan salahkan pemimpin atas pimpinannya tapi salahkan diri yang memimpin nafsu sendiri,adakah menepati kehendak ILLAHI??.Renung2kan...kitalah pemimpin itu....

Saturday 9 April 2011

NASIHAT ILMU

AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipu daya dan ganguan syaitan.

Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.


Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk si pembaca hinggalah ke hari Qiamat.

Dan tersebut dalam hadith yang lain: "Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke subuh dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut di badannya”.

Hadith yang lain mengatakan: "Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid".